tag:blogger.com,1999:blog-8910411446490053041.post8465605227845049446..comments2023-06-24T03:00:20.540-07:00Comments on Kolokium Ulama` Muda Kebangsaan (KokUM 11): TENTATIF Penuh PROGRAM Kolokium Ulama Muda Kebangsaan (KokUM)ulamamudahttp://www.blogger.com/profile/05971337845969059909noreply@blogger.comBlogger1125tag:blogger.com,1999:blog-8910411446490053041.post-45626511830120526492011-07-08T10:43:56.143-07:002011-07-08T10:43:56.143-07:00Assalamualaikum..pertamanya..tahniah kepada pihak ...Assalamualaikum..pertamanya..tahniah kepada pihak pengajur atas pengajuran program yang bertajuk hebat ini..cuma sedikit pandangan dari saya setelah meneliti keseluruhan tentatif kolokium, maka saya dapati kolokium ini memencilkan peranan ilmuan Islam dalam seni dan budaya..melihat kepada aturcara sehingga gambar poster..mana wakil imuan seni ? Orang politik ada,rawatan Islam ada,wakil pondok ada,wakil ipt ada..wakil ngo ada..mana wakil seni dan budaya? Apakah seni dan budaya itu bukan dari tuntutan fardhu kifayah? Sedangkan hari ini masyarakat khususnya remaja dan muda mudi adalah mangsa hiburan yang tidak mendidik! Mana resolusi ilmuan seni ? Kenapa ilmuan seni tidak dilibatkan untuk diambil resolusi? Setakat yang saya faham kolokium itu bersifat mengumpul resolusi. Bukan sekadar membentang dan mendengar pembentangan. Saya mewakili insan seni merasakan, mentaliti penganjur masih tidak melihat penganjuran dengan tasawwur kolokium secara lebih luas. Inilah yang sering disuarakan oleh saudara Dinsman, seorang aktivis seni. Seni dan budaya sering dianaktirikan. Hatta apabila front Islam memegang kerajaan sekalipun.Saya harap pihak penganjur membuka kefahaman dengan lebih luas untuk melihat seni dan budaya sebagai satu juzuk penting dalam medium dakwah.Bukan dipinggiran.Justin Bieber, Adam Lambert yang datang ke Malaysia dihadiri belasan ribu muda mudi..apakah anda selaku penganjur merasakan tidak perlu penyertaan ilmuan seni untuk memberi resolusi? Apa perancangan kita untuk menjadikan penyiaran,produksi dan event Islam sebagai satu perancangan yang bersistematik dan berterusan? Saya amat berharap agar kolokium ini dapat menjawap persoalan semasa yang berlaku dalam masyarakat.Harap maaf..semoga pandangan ini membina serta membuka persepsi serta pemikiran anda semua selaku untuk melihat peranan ulama muda dalam konteks yang lebih luas dan terbuka..boleh dapatkan kertas kerja saya dari PUM yang menganjurkan 'Kolokium Seni Budaya' anjuran bersama exco Budaya Negeri Selangor baru-baru ini..Saya bukan ulamak..tapi carilah kat luar sana ulamak yang dapat mengulas serta meberi resolusi terhadap persoalan seni dan hiburan Islam yang telah lama dianggap tidak penting oleh kita..sedang barat menyesatkan anak-anak kita dengan seni dan budaya mereka ! Kalau rasa tak penting lagi tak taulah..Sekian Al-Faqir ilallah.. Ustaz Shazly. shazly_peace@ymail.com (Wadi-L-Jadid) Penerbit album 1 Bacaan Juzu Amma Adik Muhammad Al-Hafiz TV 9. Penerbit album DHUHA : Jom menyanyi Bahasa Arab, Pengarah Urusan Nile Production, Mantan Imam 1 Masjid Asy-Syakirin KLCC. BA Hons Dakwah Islamiah Univ. Al-Azhar Mesir. (maaf..bukan nak riya'..sekadar meyakinkan saudara2..saya ada autoriti memperkatakan kelompongan dalam kolokium penganjuran anda yang hebat itu..masyaallah)ShazlyAbdullahhttps://www.blogger.com/profile/15671384977251358677noreply@blogger.com