Ahad, 17 Julai 2011

Terkini....


harga : dewasa RM 5.00shj
kanak-kanak & plaj sek RM 3.00shj
bwh 6 tahun percuma

hubungi : 019-5086281 (saifol fairuz)

Tambah kapsyen

Khamis, 7 Julai 2011

Seminar "Ulama` Pencetus Tamadun Dunia"

Assalamualaikum..

kepada sesiapa yang berminat untuk menghadiri seminar pada 23 JULAI 2011, boleh terus berhubung dengan saya Mohd Anas Akram Bin Zainuddin ditalian : 019-5527681 atau terus ke Pejabat Majlis Perwakilan Mahasiswa kolej Universiti Insaniah, Alor Setar, Kedah..dan yang jauh dari INSANIAH boleh berurusan melalui telefon dan pembayaran boleh dibuat melalui akaun Bank Islam Majlis Perwakilan Mahasiswa INSANIAH (02011010088917). Terima Kasih

Pelajar : pakej 1 : RM20.00 seorang (kad Matrik perlu dibawa)
             pakej 2 :RM 12.00 seorang
Individu (awam) : RM50.00 seorang
Agensi : RM60.00 seorang

Tarikh tutup penyertaan : 20 JULAI 2011





Nasyid Tema KokUM 11

KokUM 11, di INSANIAH, Alor Setar, Kedah

SaifolFairuz

              Ulama` adalah pewaris kepada para nabi dan rasul. Mereka merupakan penyambung kepada tugas dan amanah yang diterima para nabi dan rasul yang sumbernya dari Allah s.w.t.. Ulama` juga mempunyai peranan dalam menyelesaikan penyakit-penyakit hati manusia dan juga membimbing mereka ke jalan yang diredhai. Atas kesedaran ini, Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) sesi 2010/11 Kolej Universiti INSANIAH (KUIN) merasa bertanggungjawab memberi pendedahan kepada masyarakat terhadap peranan mereka dan mengembalikan peranan para ulama` di tempat yang sewajarnya selari dengan ajaran dan tuntutan agama Islam. Hal ini kerana, kita lihat golongan ulama’ dewasa kini seakan-akan telah diketepikan dan mereka ini tidak dijadikan sebagai penasihat dan pembimbing dalam menyelesaikan sesuatu isu yang berlaku di dalam masyarakat. Oleh hal demikian, pihak MPM berbesar hati di atas penganjuran program Kolokium Ulama’ Muda Peringkat Kebangsaan (KOKUM 11’) buat julung kalinya diadakan di Kolej Universiti INSANIAH bermula dari 19-23 Julai 2011 (selasa-sabtu) dan juga menjemput semua rakyat malaysia  dan khusus warga INSANIAH untuk  turut sama menjayakannya.

KOKUM 11’ ini dilihat sebagai satu platform yang terbaik untuk memberi pendedahan tentang peranan dan tanggungjawab para ulama` kepada warga INSANIAH khususnya dan masyarakat amnya selain menyediakan ruang kepada mereka untuk melaksanakan tanggunggjawab dan amanah yang dipikul mereka. Menurut Pengarah Program KOKUM 11’ yang juga merupakan Setiausaha Agung, Majlis Perwakilan Mahasiswa sesi 2010/2011, Sdr. Mohd Saifol Fairuz B. Othman (Gambar) berkata, KOKUM 11’ ini dilihat sebagai salah satu usaha untuk menjadikan INSANIAH sebagai delegasi rujukan ilmu diperingkat kebangsaan dan antarabangsa di mana ianya selari dengan hasrat kerajaan negeri Kedah dalam merealisasikan Kedah sebagai bumi ilmu. Menurut beliau, program seumpama ini perlu dilakukan secara berterusan agar kecintaan masyarakat terhadap bidang ilmu terus subur dan berkembang. Program yang berlangsung selama lima hari ini akan diisi dengan  pelbagai pengisian yang menarik, antaranya Tafaqquh Fiddin, Bicara Ulama’, Air Mata Ulama`, Pertandingan pidato, Wacana Ulama’ Muda, Bicara Muslimat, dan pelbagai aktiviti menarik lain yang turut menampilkan ulama’-ulama’ tersohor di Negara kita. Harapannya agar program ini mendapat sambutan daripada semua pihak dan juga moga dengan izin Allah s.w.t. dapat mencapai objektif seperti yang diharapkan. Kami juga mengharapkan tajaan dan sumbangan daripada pelbagai pihak bagi menjayakan misi yang murni ini.

Poster KokUM 11

Rabu, 22 Jun 2011

TENTATIF Penuh PROGRAM Kolokium Ulama Muda Kebangsaan (KokUM)



19 Julai 2011 (Selasa)

7.45- 8.30malam : Kuliah Maghrib : Johan Imam Muda II sdr. Hassan Adli bin Yahaya@Yahuza
Tajuk : Generasi Celik Agama,Antara Keperluan & Kewajipan


9.00-11.30mlm : Ulama' Di Hati oleh:Ust Hj Abdul Ghani Shamsuddin
( Pengerusi Sekretariat Himpunan Ulama’ Asia Tenggara)
Tajuk : Permerkasaan Ulama' Masa Kini


20 Julai 2011 (Rabu)

9.00-11.00pg : Tafaqquh Fi Al-Din 1 Tuan Guru Hj Salleh Musa.
(Mudir Al-Rahmaniah Sik)
Tajuk: Aqidah Ahli Sunnah. Kitab: Ummu Al-Barahin

11.00-11.30pg : Rehat

11.30pg-1.00ptg : Tafaqquh Fi Al-Din 2 Tuan Guru Hj Salleh Musa.
(Mudir Al-Rahmaniah Sik)
Tajuk: Aqidah Ahli Sunnah. Kitab: Ummu Al-Barahin

1.00-2.30ptg : Rehat & Solat

2.30-4.30ptg : Bicara Ulama’ 1
Ust Hj Mutalib Maarof
(Pengasas An-Nahdhoh, K.Semang, P. Pinang).
Tajuk: Syahadah dan tuntutannya.

4.30-5.00ptg : Solat
5.00-7.00ptg : Pertandingan pidato & mengeja jawi (saringan)
7.00-8.45mlm : Solat
: Kalam Tuhan
Ust. Mohd. Fakhrul Radhi Khamaruddin
(Pemenang AQ Musim Ke-3)

9.00-11.30mlm :Tinta Ulama' oleh : Dato' Dr Hj Haron Din
(Pendakwah Bebas)
Tajuk: Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan "bersama Pusat Komuniti INSANIAH"


21 Julai 2011 (Khamis)

4.00-5.30 pg : Qiamullail Airmata Ulama’ oleh Ust Zainal Asri Bin Romli (Paklong Zainol)
(Pendakwah Bebas)

5.30-7.00 pg : Solat Subuh / tazkirah Ust Zainal Asri Bin Romli (Pendakwah Bebas)

9.00-11.00pg : Tafaqquh Fi Al-Din 1 Tuan Guru Hj Wahab Hassan
(Mudir Madrasah Tahzib An-Nufus Pondok Lanai)
Tajuk: Tasawuf Kitab : Hidayah Al-Azkiah

11.00-11.30pg : Rehat

11.30pg-1.00ptg : Tafaqquh Fi Al-Din 2 Tuan Guru Hj Wahab Hassan
(Mudir Madrasah Tahzib An-Nufus Pondok Lanai)
Tajuk: Tasawuf Kitab : Hidayah Al-Azkiah

1.00-2.30ptg : Rehat & Solat

2.30-4.30ptg : Bicara Ulama’ 2 oleh : Tuan Guru Dr Hj Jahid Bin Hj Sidek al-Khalidi
Mantan Pensyarah Universiti Malaya
Tajuk : “ Prinsip-Prinsip Penting Ilmu Tarekat ”

4.30-5.00ptg : Solat

5.00-7.00ptg : Pertandingan (kalah mati) Mengeja Jawi
7.45-8.30mlm : Solat & Bacaan Yasin oleh : Ust Ahmad Nasir Bin Hj Awang
(Pensyarah Kuin)

9.00-11.30mlm : Wacana Ulama’ Muda
Tajuk : Pemuda masa kini – antara realiti dan harapan.
Panel : Ust. Nasaruddin Hj Hassan at Tantawi (Pendakwah bebas)
Ust. Ahmad Izzat Hj Shauki

22 Julai 2011 (Jumaat)

9.00-10.30pg : Tafaqquh Fi Al-Din 3 T.G.Hj Zulkihli Hj Ismail
( Mudir Madrasah Baitul Qura`)
Tajuk: Bahaya Ancaman Pahaman Sekularisma

10.30-11.00pg : Rehat

11.00pg-12.00tghari : Tafaqquh Fi Al-Din 3 T.G.Hj Zulkihli Hj Ismail
( Mudir Mudir Madrasah Baitul Qura`)
Tajuk: Bahaya Ancaman Pahaman Sekularisma

12.00tghari-2.30ptg : Bicara Muslimat

Tajuk : Saidatina Khadijah: Hanya Tinggal Kenangan
Moderator : Ustazah Nurul Nazuha Hazizan ( Timbalan Dekan HEP)
Panel : Ustazah Nurul Syuhada (Pendakwah Bebas)
: Dr. Rosni Adam (Pengarah NISA’ Malaysia)
: Usatazah Mumtaz Md.Nawi
(Senator Kerajaan N.Kelantan)

2.30-4.30ptg : Bicara Ulama’ 3 oleh : Ust Sharhan Syafie
(Pengasas Pusat Rawatan Sinar Zamdurrani)
Tajuk: Perubatan Islam

4.30-5.00ptg : Solat
5.00-7.00ptg : Pertandingan pidato & mari Mengeja Jawi (Final)
Tajuk pidato: ‘Ulama Pencetus Tamadun Dunia’

7.45-8.30mlm : Solat & Sentuhan Qalbu
Zikir & Tarannum oleh :Ust. Othman Bin Ibrahim (Pendakwah Bebas)

9.00-11.30mlm : Generasi Ulama' Muda oleh : Ustaz Hafiz Bin Haji Mustafa Lubis
(Pendaftar  maa`had Derang, Kedah)
Tajuk: Pemuda Cerminan Al-Quran


23 Julai 2011 (Sabtu)

9.00-9.45pg : Ucaptama Seminar oleh: Syeikh Marwazi Bin Dziyauddin
(Timbalan Mufti Negeri Kedah)
Tajuk : Ulama’ Pencetus Tamadun Dunia

9.45-10.45pg : Pembentangan Kertas kerja 1 
Sultan Muhammad Al-Fateh :Ust Syaari Ab. Rahman
(Pengarah Urusan Ibrah Paradigm Training & Consultancy)

10.45-11.45pgi : Pembentangan kertas kerja 2
Burhanuddin Helmy: Yang Berhomat Ustaz Nasir Zakaria

11.45-12.00 tengah hari : Rehat

12.00-1.00ptg : Pembentangan kertas kerja 3
Merdeka: Peranan & Sumbangan Ulama’: Ust Ridhwan Mohd Noor
(Pengarang “Ulama’ Dalam Sorotan Perjuangan Kemerdekaan”)

1.00-2.00ptg : Pembentangn jertas kerja 4
As-Syahid Imam Hassan Al-Banna : Ust Asri Bin Daud (KETUA JABATAN MUAMALAT KIAS)

2.00-2.45ptg : Rehat

2.45-3.45ptg : Pembentangan kertas kerja 5
Cabaran & Persediaan Generasi Muda Islam : Dr. Kamaruzzaman Yusof (Pensyarah UKM)

3.45-4.45 ptg : Pembentangan kertas kerja 6
Peranan Ulama' dan Umara' dalam membina tamadun : Ustaz Mohd Dzul Khairi bin Mohd Noor
(Ketua Pemuda Persatuan Ulama’ Malaysia)

4.45-5.15ptg : Solat

5.15ptg-7.00mlm : Majlis Perasmian Penutup Kolukium Ulama’ Muda Kebangsaan ( KokUM 11)
Dirasmikan oleh: Y.A.B Menteri Besar Kedah

9.00-11.30mlm : Konsert Amal Di Ambang Ramadhan sempena KokUM '11

**semua slot adalah percuma kecuali Seminar Kertas Kerja..
maklumat lanjut hubungi : Mohd Saifol Fairuz Othman (019-5086281)
**untuk seminar boleh hubungi Mohd Anas Akram Bin Zainuddin (019-5527681)

Pages